Tuesday, August 20, 2013

emis? e-operasi? smm? Oh, kita ada SPS!

Tadi, saya dapat satu info terbaru. Kelmarin, hari Isnin, Guru Bestari sekolah kami pergi taklimat. Rupa-rupanya taklimat itu untuk Guru Bestari dan Guru Data sekolah, maksudnya guru yang pegang kedua-dua jawatan berkenaan haruslah hadir.

Tapi sekolah kami cuma hantar Guru Bestari sahaja, Guru Data iaitu saya, tidak hadir hehe, bukan saya tak mahu pergi ya, tapi tidak disuruh pergi, ada beza tu ya hehe...

Jadi, kata Guru Bestari sekolah saya yang pergi itu, bila ada penerangan mengenai hal-ehwal tugas yang Guru Data patut selesaikan, dia pun mengantuklah kehkehkeh... sebab tak faham... 

Bagi sekolah yang hantar kedua-dua guru berkenaan, tersenyumlah sebab mereka faham penerangan yang berkaitan dengan tugas masing-masing.

Tapi kata Guru Bestari saya, banyak juga sekolah yang cuma hantar Guru Data sahaja, atau Guru Bestari sahaja ke taklimat itu. Jadi, oleh sebab saya terlepas taklimat kelmarin, maka Guru Bestari sekolah saya telah memberi saya taklimat berkenaan dengan dapatan dia kelmarin. 

Dan, bila saya dengar, wah, seronoknya. Yalah, seronok bagi saya si Guru Data ini, sebab selama ini bosan sebab banyak sangat maklumat yang nak key in secara online: eMIS, e-operasi, e-pangkat, SMM (ini bukan online, tapi mengisinya aduhai, mesti buat sampai ralat kosong tahu) dll sistem lagi.

Okay, tapi itu bukan perkara utama di sini ya. Perkara utama di sini ialah:

Dunia pendidikan kita akan diserikan waahh... diserikan gitu... ya... diserikan dengan satu portal (tak tahulah jika boleh dikatakan portal), atau satu sistem (rasanya sistem lebih sesuai), yang mana sistem ini akan menggantikan:
eMIS, e-OPERASI, SMM, dan bermacam-macam e lagilah.

Jika anda guru, anda pasti tahu apa yang saya maksudkan dengan 'e' itu hehe...

Inilah dia yang bakal menggantikan e itu semua...

Namanya? Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

 Ya, sudah sampai masanya. Itu kerana saya, merangkap guru pemulihan khas, juga Guru Data sekolah, walaupun saya suka tugas sebagai Guru Data yang asyik mengadap komputer, tapi saya penat tahu kerana banyak maklumat yang bertimpa-timpa berada di dalam sistem yang berbeza. Sudah sampai masanya semua itu disatukan di bawah satu sistem supaya semua tugas menjadi mudah. 

Tahniah! Tahniah!

Masih dalam percubaan, kami Guru Data dan Guru Bestari sedang mengemaskini dan memasukkan data-data murid, guru, sekolah dll ke dalam SPS ini. 

Oh, ya. Majulah SPS untuk dunia pendidikan Malaysia hehe... (^,^)...